Sunday, 22 October 2017

Nasruddin dan Pengemis

           Pada suatu hari, Nasruddin naik ke atas bumbung rumahnya. Dia sedang memperbaiki lubang di bumbung rumahnya. Tiba-tiba, dia terdengar seseorang memanggilnya. Dia ternampak seorang pengmis tua berpakaian kotor.

        Nasruddin bertanya apa yang dia mahu. Pengemis tua itu memintanya turun ke bawah dan dia akan memberitahunya sesuatu. Apabila Nasruddin turun, pengemis tua itu memintanya memberikan sedikit duit.

        Nasruddin meminta pengemis tua itu mengikutnya. Dia menaiki tangga. Pengemis tua itu mengikutnya ke atas. Apabila mereka berdua berada berada di atas bumbung, Nasruddin menyatakan "TIDAK" kepada pengemis tua itu.

No comments:

Post a Comment