Sunday, 22 October 2017

Mungkir Janji

         Pada suatu masa dahulu, ada seorang lelaki muda telah menyelamatkan seekor penyu. Penyu tersebut berasa sangat berterima kasih dan menjemputnya ke sebuah istana rahsia di dalam laut untuk menghadiri jamuan besar yang disediakan oleh raja.

        Apabila pulang, penyu itu telah memberi pemuda itu dua buah kotak. Penyu memberitahu bahawa dia hanya boleh membuka sebuah kotak sahaja dan tidak boleh membuka kotak yang lain. Dia pun berjanji akan mematuhi syarat tersebut.

        Apabila dai pulang ke rumahnya, dia membuka kotak yang besar. dia mendapati terdapat banyak emas di dalam kotak tersebut. Kemudian, dia memungkiri janji dengan menbuka kotak yang lain. Tiba- tiba, dia bertukar menjadi seorang lelaki yang sangat tua. Dia menyesal kerana memungkiri janji tetapi sudah terlambat.

No comments:

Post a Comment